Thursday 6 December 2012

Keunikan Kelantan

Kelantan ialah salah satu negeri yang terkenal dengan tempat-tempat menarik dan semestinya menjadi tarikan utama pelancong . Negeri ini juga pernah menjadi titik tumpu pelancong asing disebabkan keunikan serta keindahannya yang tersendiri. 


Pantai Sri Tujuh




Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat, Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat tujuh buah teluk atau lebih disini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen Keretapi Tumpat. Pengunjung dari luar negeri boleh kesini dengan menaiki keretapi dengan bayaran yang berpatutan. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen keretapi untuk pergi ke pantai.



Di pantai Sri Tujuh sebuah resort terapung telah dibina. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi, gelanggang futsal, dan padang latihan bermain golf. Pengunjung boleh menikmati selera di gerai-gerai yang disediakan sambil merasai panorama laut dan melihat mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu. 


Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar disini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan. 


Gunung Chamah

Gunung Chamah ialah sebuah gunung terpencil yang terletak di hutan belum, Kelantan, Malaysia. Tingginya 2, 171 meter. Gunung Chamah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane , dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. 



Disebabkan lokasinya, hutan di Gunung Chamah adalah hutan dara, dengan tamadun terdekat terletak 40-50 kilometer dari tempat ini. Pengembaraan berjalan kaki memerlukan pemandu yang berpengalaman. Hubungan tunggal dengan dunia luar ialah perjalanan perahu selama tiga jam melalui Tasik Temenggur. 


Tasik Temenggur dibentukkan pada tahun 1970-an ketika kerajaan Malaysia membina empangan di Sungai Temenggur dan menenggelami sebahagian hutan. Masih terdapat banyak orang asli yang tinggal di hutan ini. Mereka menggunakan Tasik Temenggur yang mengaitkan Grik dengan Pos Kemar sebagai sistem pengangkutan utama mereka. 



No comments:

Post a Comment