Thursday 6 December 2012

AIR TERJUN di KELANTAN


Kelantan adalah satu kawasan hutan yang mempunyai banyak kawasan perhutanan yang mempunyai berbagai-bagai tempat yang menarik untuk berkelah dan beriadah. Khazanah perhutanan Kelantan mempunyai keistimewaan air terjunnya yang membolehkan kita tidak perlu berfikir panjang untuk beriadah dan bersantai. Kawasan air terjun menjanjikan satu suasana kedamaian yang akan meninggalkan satu kenangan yang manis kepada setiap pengunjungnya.

Kebanyakkan kawasan air terjun adalah terletak di dalam jajahan Pasir Puteh iaitu sejauh 35 km dari Kota Bharu.
Di antara kawasan air terjun itu adalah: 


Jeram Pasu








Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.



Lata Beringin











Lata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter. Terletak di Sungai Pas di bawah Skim Kesedar dan boleh di kunjungi melalui laluan lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang. Keindahan permandangan dan kawasan sekeliling yang menarik di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah.


Gunung Stong








Air terjun di Kelantan iaitu setinggi 1422 meter. Ia nya terletak di Gua Ikan. Nama Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini.

No comments:

Post a Comment